My Meow Now

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2017

Assalammualaikum semua... Harap tak terlambat lagilah untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca..Ya allah lama dah CCB tak update blogkan.. Dah berhabuk dan bersawang dah.. Sejak hujung tahun lepas CCB agak busy sikit dengan kerja.. Balik pun selalu sangat lambat.. Tahun 2017 pulak sibuk menguruskan sesi persekolahan Mia.. Hari ni dapatlah curi masa sedikit untuk buat entry di blog kesayangan ni.. Rindu betul nak menulis dan bercerita..


Excited betul bila anak dah sekolah ye.. Biar pun baru pra-sekolah tapi perasaan tu sangat-sangatlah teruja.. Mana tidaknya kena bangun awal pagi, siapkan anak dan hantar dia ke sekolah.. Mia ni CCB sekolah kan dia pagi dan petang... Pagi sesi sekolah kebangsaan dan petang pula sesi sekolah ABIM..

Alhamdulillah Mia sangat-sangat suka belajar.. Sebelum puasa tempoh hari, keputusan penilaian Mia sangat memberangsangkan.. Tapi tu lah dah tengah-tengah tahun ni mula la dia malas bangun pagi.. Dah kebetulan hari raya ni kan.. Macam mana dengan hari raya korang?? Mesti seronok berjalan melawat sanak saudara kan...

Tahun ni CCB tak berjalan sangat.. Maklum tak boleh nak tinggalkan kerja kang bertimbun2 pulak..
Ok korang nanti-nanti CCB share dengan korang apa yang tak sempat CCB share ok... Hehehe banyak ni yang nak di ceritakan tau.. Lebih-lebih lagi trip CCB berdua je ngn anakanda tersayang.. Haaa first time tu CCB travel solo.. Ok see you guys... 

Tabung Mia

Menarik Disini