PENGURUSAN KEWANGAN CARA CIK BUNGA

Ada beberapa orang kawan nie kerap tanya dengan CB macam mana hidup sebagai ibu tunggal.. OK ke x?? pengurusan kewangan macam mana?? Uruskan anak pulak macam mana?? Dan beberapa soalan yang lain… Kadang2 CB pun tak tau nak jawab macam mana sebab banyak sangat soalan.. Selalunya mana yang CB boleh jawab CB jawab..

Tapi ada dua soalan yang menjadi keutamaan orang pada CB nie sebenarnya.. So CB nak share sikit ngn korang apa yang CB boleh share la kan.. Soalan pertama :

Macam mana CB uruskan kewangan memandangkan CB bersedirian mencari rezeki..
Ex hubby ada tak bagi nafkah??

Soalan atas ni memang siapa2 pun akan tanya bila tau CB single mother..Jawapannya : ya exhubby ada bagi nafkah untuk anak.. Berapa dia bagi?? Tak perlu la CB mention.. Cukuplah kalau nak tampung susu Mia selama sebulan.. Memandangkan CB nie kadang2 boros (pantang nampak barang cantik apatah lagi barang2 yang berkaitan dengan Mia) jadi CB buat satu timetable untuk listkan apa yang penting atau apa yang perlu diutamakan tiap2 bulan..

Bohong kalau CB kata tak pernah terbabas dalam menguruskan kewangan.. Sebab kadang2 tu ada sesuatu perkara yang datang tanpa dijangka.. Walaubagaimanapun CB belum pernah lagi buat pinjaman kat mana2.. Cb sedaya upaya berusaha sendiri..





Atas ni contoh jadual kewangan CB selama setahun (amaun tu semua contoh jew tau..) .. Lepas settle kan apa yang ada dalam jadual ni balance nya baru la CB buat enjoy.. Ehhh enjoy??? Hahahaha bukan la enjoy ke tempat yang bukan2..  Selalunya CB akan bawak Mia berjalan atau bercuti..

Memang nielah rutin CB kalau bab kewangan.. CB share kan benda nie sebab ramai kawan2 yang bertanya.. So hope adalah membantu korang sikit dalam menguruskan kewangan korang.. Dan korang pun boleh membantu CB dengan klik2 kat iklan nuffnang tu ye… (tak paksa tau…kalau nak klik silakan..)


Nanti CB share pulak apa soalan kedua yang kerap orang tanya CB… 

1 comment:

Media Sensasi said...

Nice info.. teruskan sharing benda2 berguna seperti ini

Popular Posts

 
COPYRIGHT © 2010-2017 . ALL RIGHT RESERVED BY CIK CAHAYA BUNGA