SHORT VACATION TO MELAKA

Perancangan awalnya nak pergi hiking tapi memandangankan member CB yang sorang nie baru je keluar hospital sebab semput so CB tak lah amek risiko.. Terus tukar plan untuk ke Melaka..

Memandangakan dah lama jugak tak bercuti dengan kawan2.. Apa salahnya ambil kesempatan di cuti tahun baru nie kan.. Sampai di Melaka dah tengahhari jadi kenalah pergi makan dulu.. Seperti semua orang tahu Melaka popular dengan menu asam pedasnya… Perut pun dah kenyang.. Sekarang sampailah masa untuk berjalan.

Tempat pertama yang kami pergi adalah The Shore Sky Tower yang terletak di The Shore Shopping Gallery Pinggiran Sungai Melaka.. Dari Sky Tower nie kita dapat tengok pemandangan Pusat Bandar Melaka dengan jelas.. Di The Shore juga terdapat The Shore Oceanarium (macam Aquaria KLCC). Bolehlah bawak anak2 melihat kehidupan laut kat dalam tu..


Dah puas melihat pemandangan Melaka dari atas kami menuju ke Menara Taming Sari pula.. Lama dah CB nak naik tapi selalu kawaasan situ susah nak dapat parking.. Rezeki semalam walaupun park kereta jauh sikit akhirnya dapat jugak naik Menara Taming Sari.. Of coz Mia adalah orang yang paling excited. 











Lepas tu jalan-jalan berselfie di kawasan Bandar Hilir sambal melihat peninggalan sejarah.. Lebih kurang jam 630ptg kami terus menuju ke Pantai Klebang.. Tempat tumpuan untuk pengunjung2 bersantai bersama keluarga.. Di Dataran 1 Malaysia Klebang uniknya korang boleh lihat bas2 lama diubahsuai menjadi kedai, hotel serta tandas.. Mana yang suka nak berselfie di Pantai Klebang nie ada satu tempat yang ala-ala padang pasir.. (sebenarnya pasir2 tu dorang nak tambak laut tapi jadi tempat orang nak selfie pula..)


Dah kebetulan sampai Melaka nie rugi kalau tak singgah A’Famosa Outlet yang terletak berdekatan dengan Toll Alor Gajah.. Bagi mana yang tak tahu kat mana letaknya A’Famosa Outlet nie.. Dari toll Alor Gajah roundabout tu korang ambil susur kiri memasuki Lebuh AMJ.. Then korang akan jumpa 1 traffic light.. Di traffic light nie korang amek kiri.. Jalan ke terus korang akan nampak A’Famosa Outlet ada sebelah kanan korang..  Tak susah pun.. Kalau sebelum nie kita ada JPO.. Kemudian Mitsui Outlet dan sekarang A’Famosa Outlet.. Tempat di mana korang boleh beli barang2 brand dengan harga yang murah.. Sebabnya tempat2 nie adalah bebas portduty..



Dah settle cuci mata kat A’Famosa Outlet tibalah masa untuk balik.. Mujurlah jalan tak sesak.. Sampai rumah dah jam 1200mlm.. Rabak sikit mata kerja hari nie...









1 comment:

adianiez AIDA said...

aida pun lom pergi gi the shore.
weekend ni la nak gi. membara nak gi sebab ramai org luar da gi ha ha ha...

Popular Posts

 
COPYRIGHT © 2010-2017 . ALL RIGHT RESERVED BY CIK CAHAYA BUNGA