SOALAN CEPUMAS DARI PRINCESS MIA UNTUK MAMA

Mlam tadi waktu CB temankan Princess Mia tidur sajalah CB ajak dia borak-borak kosong.. Tanya macam mana dengan sekolah dan belajar apa.. Permulaan tu ok je dia jawab semua soalan mama dia nie.. Tup tup dia pun ada soalan untuk mama dia.. Hahaha… Soalan cepumas pulak tu.. Mesti korang tertanya-tanya apa soalan dia kan.. Princess Mia tanya “bila mama nak kawin dengan uncle??”  Tersedak pedas tau bila dengan dia tanya dan nie bukan kali pertama dia tanya soalan yang sama. Dan bermulalah cerita dan angan-angan dia..

Kata Mia :

“mama.. Cepatlah mama kawin dengan uncle.. nanti Mia ada adik.. Lepas mama kawin dengan uncle kan Mia nak panggil uncle papa..”

Macam kelakar pun ada.. Mana taknya seorang budak 5 tahun bertanyakan soalan macam tu pada kita… Bijak benar budak sekarang.. Tapi CB bersyukur jugak sebab Mia dapat terima Cik Bie dengan baik.. Malahan dia lebih sayangkan Cik Bie daripada abahnya sendiri.. Mungkin sebab Cik Bie pandai ambil hati dan melayan kerenah Mia..

Tapi CB pun harap yang Mia tak berharap sangat.. Sebab CB tak nak dia kecewa bila apa yang diangankan tu tak kesampaian.. Soalan tu CB biarkan je tanpa jawapan..



No comments:

Popular Posts

 
COPYRIGHT © 2010-2017 . ALL RIGHT RESERVED BY CIK CAHAYA BUNGA